Aktiviti Jemari Advokasi

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Aktiviti Jemari Advokasi. Objektif aktiviti ini bagi memupuk pengetahuan tentang Advokasi dan kerjasama antara peserta. Aktiviti ini diadakan selama 3 jam dari jam 8:30 hingga 11:30 pagi. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Aktiviti ini adalah sambungan dari kelas pada 4 Mei 2019 walau bagaimana pun ianya disambung pada 20 Julai 2019 bagi mengumpul Lukisan Jari peserta pada kepingan kotak. Pada pagi itu, aktiviti melukis Jari pada kotak bagi persta yang belum melukis serta mengunting jemari yang telah dilukis diadakan. Disamping itu juga, peserta digalakan memilih salah satu dari Advokasi mengikut fahaman mereka dan ditaip dan ditampal pada jejari potongan kotak tersebut.

Keseronokan peserta dapat dilihat dalam aktiviti ini. Kerjasama diantara peserta amat mengalakan juga. PI Rantau Panjang mengharapkan kerjasama diantara peserta ini dapat dikekalkan bagi memupuk semangat kerjasama dan saling membantu para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali